Tuesday, 5 May 2015

SAKIT TEKAK, PUNCA DAN RAWATAN

SAKIT TEKAK, PUNCA DAN RAWATAN

SAKIT TEKAK adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan
farinks. Sakit tekak dikenali sebagai pharyngitis jika ia membabitkan bahagian farinks dan tonsillitis jika membabitkan kedua-dua bahagian tonsil. Apabila membabitkan kedua-dua bahagian farinks dan tonsil, ia dikenali sebagai pharyngotonsillitis. Sakit tekak berlaku apabila radang terjadi membabitkan membran mukus yang melapisi farinks atau tonsil. Ia mengakibatkan rasa tidak selesa, sakit atau gatal pada bahagian tekak. Kesakitan sewaktu menelan adalah simptom lain yang biasanya berlaku ketika sakit tekak.

Biasanya sakit tekak lebih teruk pada waktu pagi dan kesakitan berkurang keesokannya. Penyakit ini sangat mudah berlaku, terutama di kalangan kanak-kanak. Ia disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Bakteria memberi tindak balas baik kepada rawatan antibiotik, manakala virus biasanya sembuh dengan sendiri dalam jangka masa tertentu. Sakit tekak biasanya disebarkan melalui perkongsian minuman, bercium, batuk, menghembus hidung dan bersin.

Punca Sakit Tekak Adalah :

1) Jangkitan bakteria – disebabkan oleh bakteria streptococcal. Ia membawa komplikas  demam reumatik yang boleh mencetuskan masalah injap jantung atau radang buah  pinggang

2) Jangkitan virus – kebanyakan sakit tekak disebabkan jangkitan virus dan ada pelbagai  jenis yang menyebabkan ia sembuh dengan sendiri dalam masa beberapa hari,  bergantung pada jenis virus terbabit. Virus terkenal adalah Epstein-Barr, yang  menyebabkan demam dan bengkak di kelenjar pada leher.

3) Kelenjar limfa membengkak di bawah rahang dan leher. Jika sakit tekak disebabkan virus Coxsackie, lepuh kecil boleh kelihatan pada tonsil dan lelangit lembut (soft palate).

4) Tonsilitis - ia adalah keradangan tonsil. Tonsilitis kronik berlaku apabila berlaku banyak  kerosakan kepada tonsil. Dalam keadaan ini, tekak berasa sakit pada kebanyakan masa   selain sering disertai nafas berbau. Demam di bahagian kelenjar pada leher juga boleh menyebabkan masalah sakit tekak.



Antara gejala tonsilitis ialah :
·         Sakit kepala
          
·         Nodus limfa (pada rahang dan tengkuk) membengkak 
·         Demam dan menggigil 
·         Hilang suara 
·         Loya dan muntah
·         Sakit di abdomen.
·         Rasa sakit ketika menelan makanan.
·         Sakit tekak secara tiba-tiba.
·         Sakit perut

CARA MERAWAT SAKIT TEKAK DENGAN MUDAH

1) Air Limau Campur Madu
Ambil segelas air suam dan campurkan dengan perahan jus limau nipis. Tambahkan sesudu madu lebah. Kalau dapat madu lebah yang original lagi bagus dan lebih berkesan. Amalkan minum sebanyak tiga kali sehari.

2) Asam Jawa
Campurkan satu sudu asam jawa ke dalam segelas air. Kacau dan biarkan seketika. Kemudian tapiskan. Minum air asam jawa tersebut. Hal ini kerana asam jawa dapat menyejukkan tekak dan tubuh badan.

3) Kumur Dengan Air Garam
-Campurkan sesudu garam dengan segelas air dan kumur air garam tersebut. Cara ini dapat melegakan gatal-gatal di tekak

4) Jus Timun
Kisarkan timun dan minum jus tersebut. Kalau malas nak kisar, kupas kulit timun tu dan makan mentah. Tambah dengan sedikit garam. Kelebihan pada timun ini dapat melegakan sakit tekak.

4) Rehat secukupnya
Tidur dapat membantu badan anda melawan jangkitan bakteria dengan lebih berkesan.

5) Minum banyak air
Air bertindak sebagai pelincir untuk mengurangkan rasa sakit pada tekak akibat bengkak. Tekak yang kering akibat kekurangan air akan menyebabkan tekak rasa gatal dan bertambah bengkak.

6) Jauhi Asap
Elakkan diri anda dari menghidu asap rokok, kilang, kereta atau apa sahaja bahan pencemaran yang boleh membuatkan jangkitan pada tekak anda bertambah teruk

7) Jangan banyak bercakap
Sekiranya suara anda terjejas akibat sakit tekak, kurangkan bercakap. Bercakap akan menyebabkan tekak anda cepat kering dan bertambah sakit.  Kurang bercakap juga boleh mengembalikan suara anda seperti sedia kala dengan lebih cepat.

Makanan Untuk Batuk dan Sakit Tekak

·         
1.    Makan makanan yang mudah ditelan semasa sakit tekak seperti bubur ayam, buah yang lembut (cth: pisang, betik), sayur lembut (sayur yang sudah dimasak), yoghurt dsb.

2.    ·Elakkan memakan makanan yang keras dan rangup seperti keropok, buah epal (atau buah lain yang keras) atau kuih yang keras kerana tekak anda akan mudah terasa gatal dan menyebabkan anda batuk, seterusnya meningkatkan keradangan pada tekak.  Makanan bergoreng juga tidak disarankan kerana ia juga keras. Masak sup atau rebus adalah lebih baik.

3.    Makanan yang pedas, terlalu berempah/tinggi MSG, terlalu manis atau masam seperti jus buah oren, jeruk asam juga boleh melambatkan proses penyembuhan.

4.    ·Elak memakan makanan yang terlalu sejuk atau terlalu panas kerana ia akan mengganggu tekak anda. Pastikan makanan anda sejuk sedikit sebelum memakannya.

5.    ·Aiskrim atau air sejuk pula sebenarnya boleh melegakan tekak asalkan tidak terlalu sejuk beku atau tidak terlalu manis. Sup ayam atau minuman yang suam juga boleh melegakan dan mengurangkan keradangan pada tekak



* i get this sick this week, sudden ill after bgun tidur.. ape pun, juz nk share this coz i had this sakit tekak only for 3 days.. n smbuh after drink more water, n try kumur2 ngan garam, tapi nak smbuhkan batuk take dalam sminggu tuk smbuh..